Thursday, July 7, 2011

Kelantan Juara Liga Super 2011

Akhirnya..... Kelantan negeri Cik Siti Wan Kembang berjaya merangkul juara Liga Super 2011!!! Tahniah...Tahniah diucapkan kepada seluruh pengurusan pasukan yang berjaya menbawa balik Piala Liga yang diimpikan selama ini. Tentunya seluruh peminat bola sepak Kelantan cukup gembira dengan kejayaan ini.

Setelah gagal membawa pulang Piala FA ke negeri Kelantan selepas tumpas ditangan Terengganu pada bulan lepas ia tidak memudarkan semangat dan perjuangan pemain-pemain Kelantan untuk bangkit menebus kembali maruah sang pejuang Merah. Anak buah M.Karathu disamping dibantu oleh Hashim Mustapha keangkuhan gergasi bola sepak Malaysia seperti Selangor telah berjaya dirobohkan.

Perjuangan sang Perwira Merah belum tamat, ayuh kita ulangi kejuaraan Piala Malaysia pula!

No comments:

Post a Comment